skip to main |
skip to sidebar
SET INDUKSI- Wakil murid dipanggil kehadapan untuk meneka apa yang terdapat dalam kotak yang dipegang oleh guru.
Proses pengajaran 1- Murid-murid menyatakan jenis buah-buahan berdasarkan carta dan gambar yang diberi.
Proses Pengajaran 2-Murid-murid terpilih melabelkan buah-buahan berdasarkan teka teki dan gambar.
Aktiviti pengukuhan di mana murid-murid disediakan dengan aktiviti berkumpulan bagi memaksimumkan penglibatan murid.
Penutup-Nyayian lagu buah-buahan tempatan dan murid-murid begitu seronok.
BAHASA MELAYU TAHUN 1
Thursday, 8 December 2011
Gambar-gambar semasa P&P
SET INDUKSI- Wakil murid dipanggil kehadapan untuk meneka apa yang terdapat dalam kotak yang dipegang oleh guru.
Proses pengajaran 1- Murid-murid menyatakan jenis buah-buahan berdasarkan carta dan gambar yang diberi.
Proses Pengajaran 2-Murid-murid terpilih melabelkan buah-buahan berdasarkan teka teki dan gambar.
Aktiviti pengukuhan di mana murid-murid disediakan dengan aktiviti berkumpulan bagi memaksimumkan penglibatan murid.
Penutup-Nyayian lagu buah-buahan tempatan dan murid-murid begitu seronok.
Wednesday, 30 November 2011
Rancangan Mengajar Harian.
Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun Satu
Tema : Mari Bertani
Tajuk : Buah-buahan Tempatan
Fokus Utama : Standard Kandungan -1.2
Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran -1.2.4
Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang
Mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.
Fokus Sampingan : Standard Kandungan -3.3
Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran -3.3.4
Membina dan menulis ayat tunggal dan majmuk dengan betul.
Objektif Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1.Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
2.Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
Pengisian Kurikulum : 1. Ilmu: Sains (Tumbuhan) dan Pendidikan Kesihatan
Sistem Bahasa : Tatabahasa: Kata adjektif (manis, bulat, masam)
Media : Bahan maujud, gambar buah, kad perkataan, lembaran kerja, buku teks.
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Langkah | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan/Bahan |
Set Induksi (5minit) | Teka-teki -Bersoal jawab menjurus kepada tajuk | 1.Guru mengeluarkan sebuah kotak yang mengandungi buah. 2.Guru meminta murid merasa tekstur benda yang terdapat di dalam kotak tanpa melihat dan meminta mereka meneka benda tersebut. 3.Murid meneka benda yang dipegang dan mengeluarkan buah tersebut. 4.Guru meminta murid menyebut apa yang dilihat. | Bahan: Bahan maujud(pisang, mangga, belimbing) KBT(KB): -Mengkategori |
Langkah 1 (5minit) | Menyebut dan mengeja nama buah-buahan tempatan: -pisang, tembikai, belimbing, mangga, rambutan, durian | 1.Guru bimbing murid menyebut dan mengeja jenis buah-buahan tempatan. 2.Murid-murid ikut menyebut dan mengeja bersama guru. 3.Murid eja dan baca secara individu dan kelas. | Bahan: Kad gambar dan perkataan KB:Kesepaduan sosioemosi Nilai:Mendengar dengan teliti |
Langkah 2 (7minit) | Mencungkil idea Menamakan buah-buahan tempatan | 1.Beberapa orang murid memegang gambar buah-buahan. 2.Murid lain mengambil kad perkataan dan bergerak mencari pasangan masing-masing berdasarkan nama buah yang dipegang. 3.Murid mengeja dan menyebut beramai-ramai. | Bahan:Gambar, perkataan KB:- Kecerdasan interpersonal -Kem psikomotor Nilai:Berani, yakin. |
Langkah 3 (8minit) | Membina ayat tunggal dan majmuk | Aktiviti kumpulan: 1.Guru edarkan bahan kepada murid. 2.Murid diminta berbincang dan membina ayat berpandukan buaah-buahan yang diberi. 3.Murid membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas. 4.Guru edarkan lembaran kerja membina ayat dan murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi. | Bahan:Kad manila, lembaran kerja Nilai:Patuh arahan, berani, kreativiti & estetika Sistem bahasa:Kata adjektif |
Penutup (5minit) | Nyanyian Lagu Buah-buahan Tempatan Kognitif Sosial | 1.Murid dan guru bersama menyanyi lagu berdasarkan buku teks. 2.Guru bimbing murid merumus pelajaran hari ini. 3.Guru memberikan pujian kerana murid dapat menyiapkan tugasan. | Bahan:Buku teks Nilai:Bersyukur |
Tuesday, 29 November 2011
MAKLUMAT BUAH-BUAHAN TEMPATAN DALAM PENGAJARAN
INFO TENTANG BUAH-BUAHAN
BUAH-BUAHAN adalah sumber makanan alami yang sudah tersedia ada dan mudah didapati, tetapi sayang, ia kadang kala dilupakan begitu saja terutama mengenai khasiatnya. Buah kiwi misalnya, walaupun sangat kecil tetapi ‘gagah’ kerana ia sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat, di samping mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda berbanding sebiji buah oren.
Buah oren pula adalah antara ‘ubat’ paling manis. Mengambil dua atau empat biji buah berkenaan sehari, boleh menjauhkan selesema, kolesterol mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang serta memperkecilkan risiko barah kolon. Buah mangga juga mempunyai rahsianya tersendiri dan mungkin ramai yang tidak tahu mengenai manfaatnya dalam membantu membaiki kesihatan seksual, khususnya bagi lelaki.
Selain membantu sistem pencernaan, sebahagian besar seratnya larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol supaya tetap normal.
Buah-buahan Baik Untuk Kesihatan
Pengambilan buah-buahan sama ada yang diimport mahu pun tempatan adalah baik dan memberi manfaat kepada kesihatan. Ini dibuktikan oleh banyak hasil penyelidikan di seluruh negara. Banyak manfaat buah-buahan dibuktikan dari segi saintifik, justeru, orang ramai tidak kira lelaki atau wanita dari pelbagai peringkat usia sentiasa digalak atau menjadikan buah-buahan sebagai satu hidangan wajib dalam menu harian.
Kajian turut menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.
Kajian lain pula mendedahkan, kira-kira 19 peratus pengidap kanser usus dan 31 peratus pesakit yang mengalami pembuluh tersumbat didapati kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
Antara khasiat penting yang terdapat dalam buah-buahan ialah kandungan seratnya terutama membantu pencernaan. Bagi orang dewasa, pengambilan serat yang diperlukan ialah 20 gram hingga 35 gram sehari manakala kanak-kanak berusia dua tahun ke atas ialah tiga gram hingga 18 gram.
Bagaimanapun, secara purata rakyat Malaysia yang dewasa mengambil kurang daripada 12 gram serat sehari dan ini sudah tentu belum mencukupi. Antara buah-buahan yang kaya dengan khasiat serat ialah epal, pisang, anggur, kiwi dan mangga.
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 jam hingga 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat dalam usus besar serta mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Nikmati Buah-Buahan
Ada pelbagai cara untuk menikmati buah-buahan dengan lebih menyelerakan. Misalnya, jika ingin menjadikan pemanis mulut, anda boleh letakkan ais krim di atasnya atau tambahkan dadih tetapi pastikan jangan terlalu manis terutama jika makan mangga kerana buah itu sendiri sudah pun manis. Untuk mendapatkan tidur yang lebih tenang dan berasa rehat, ada juga yang mencadangkan minum susu panas terlebih dulu, kemudian barulah makan buah kiwi.
Bagi yang ada penyakit tertentu atau mempunyai masalah kesihatan, perlulah berhati-hati dan bersikap memilih. Ini kerana ada buah-buahan tertentu, mungkin tidak sesuai diambil. Contohnya, jika individu berkenaan mempunyai masalah penyakit buah pinggang kronik, jangan sama sekali mengambil buah belimbing kerana pengambilannya boleh memburukkan keadaan.
Industri buah-buahan di Malaysia memainkan peranan penting dari segi ekonomi dan social. Buah-buahan tempatan yang paling mudah didapati ialah pisang, betik dan nenas. Buah~buahan ini tidak semestinya disukai ramai tetapi ia adalah terdapat dengan banyak, murah dan boleh diperolehi sepanjang tahun. Dengan sifat-sifatnya yang luar biasa, terutama dari segi rasa yang terdapat pada buah telah menempatkan durian sebagai buah yang paling terkenal dinegara kita. Selain dari itu buah-buah seperti rambutan, manggis, mangga, limau tempatan, ciku, duku, langsat, nangka dan cempedak adalah termasuk dalam senarai buah-buah yang disukai ramai.
Buah-buahan tempatan ini boleh dibahagikan dua kumpulan yang besar.
(a) Buah-buahan tak bermusim
(b) Buah-buahan yang bermusim
Buah-buahan yang tidak bermusim ini dapat diperolehi disepanjang tahun, walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang berlebih-lebihan dari masa-masa lain. Diantara jenis buah-buah yang tidak bermusim yang senang diperolehi ialah pisang, betik, nenas, jambu, belimbing, tembikai, nangka, limau manis/bali dan termasuk beberapa jenis dari klon mangga.
Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali atau dua kali setahun Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga kepertengahan bulan Ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya kurang jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya terdapat dalam bulan Desember hingga Februari. Musim-musim ini juga mungkin berlaku lebih awal atau terlewat diantara 1 – 2 bulan bergantung kepada tempat atau lokasi. Buah-buahan bermusim yang terkenal ialah Durian, rambutan, duku, langsat, duku langsat dan manggis.

Tuesday, 22 November 2011
PIRAMID MAKANAN- (Kaitan dengan Buah-buahan)
Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan berbagai aneka jenis makanan. Namun ianya secara langsung telah menyebabkan pola pemakanan rakyat Malaysia tidak seimbang. Piramid makanan di bawah dapat membantu kita menilai corak pemakanan kita......APA YANG PERLU LEBIHKAN MAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN.
Sunday, 20 November 2011
Bahan Bantu Mengajar Untuk Tajuk Buah-buahan Tempatan.
NAMAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN DAN BINA AYAT TUNGGAL BERDASARKAN GAMBAR YANG DIBERI.
1. Buah.......................................................
Ayat : ............................................................................................................................................
2. Buah ..............................................................
Ayat : ......................................................................................................................................
3. Buah ....................................................
Ayat : ..............................................................................................................................................
4. Buah ...............................................................
Ayat : .............................................................................................................................................
5. Buah .................................................................
Ayat : ...............................................................................................................................................

Saturday, 12 November 2011
Bahan bantu mengajar
Buah-buahan tempatan
- Lagu ini digunakan oleh saya dalam proses P&P slot penutup di mana murid menyanyi sambil memegang buah-buahan tempatan
- Lagu ini digunakan oleh saya dalam proses P&P slot penutup di mana murid menyanyi sambil memegang buah-buahan tempatan
Saturday, 29 October 2011
Monday, 3 October 2011
Blog Archive
-
▼
2011
(11)
-
►
November
(8)
- Rancangan Mengajar Harian.
- JOM MAIN GAME BUAH-BUAHAN !!!
- PANTUN TEKA-TEKI ( BUAH-BUAHAN TEMPATAN)
- MAKLUMAT BUAH-BUAHAN TEMPATAN DALAM PENGAJARAN
- PIRAMID MAKANAN- (Kaitan dengan Buah-buahan)
- PANDUAN MAKANAN BERKHASIAT- (BUAH-BUAHAN)
- Bahan Bantu Mengajar Untuk Tajuk Buah-buahan Tempa...
- Bahan bantu mengajar
-
►
November
(8)
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan berbagai aneka jenis makanan. Namun ianya secara langsung telah menyebabkan pola pemakanan rakya...
-
NAMAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN DAN BINA AYAT TUNGGAL BERDASARKAN GAMBAR YANG DIBERI. 1. Buah.......................................
-
INFO TENTANG BUAH-BUAHAN BUAH-BUAHAN adalah sumber makanan alami yang sudah tersedia ada dan mudah didapa...
-
SET INDUKSI - Wakil murid dipanggil kehadapan untuk meneka apa yang terdapat dalam kotak yang dipegang oleh guru. Proses pengajaran 1 - M...
-
Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun Satu Tema : Mari Bertani T...
-
KUATKAN INGATAN DENGAN GAME BUAH-BUAHAN
-
http://syazalina83.blogspot.com/2010/11/kurikulum-standard-sekolah-rendah-kssr.htm SP KSSR 2001
-
TEMA : MARI BERTANI TAJUK: BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Followers
Copyright (c) 2010 Ramona Muhamad (D20102040521) BUAH-BUAHAN TEMPATAN. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Web Hosting Reviews.