Pages

Search This Blog

Blogroll

Wednesday 30 November 2011

Rancangan Mengajar Harian.


Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu Tahun Satu

Tema                           : Mari Bertani
Tajuk                           : Buah-buahan Tempatan
Fokus Utama              : Standard Kandungan -1.2
Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
                                      Standard Pembelajaran -1.2.4
                                      Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang
                                      Mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.
Fokus Sampingan       : Standard Kandungan -3.3
                                      Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
                                      Standard Pembelajaran -3.3.4
                                      Membina dan menulis ayat tunggal dan majmuk dengan betul.
Objektif                         Pada akhir pengajaran, murid dapat:
1.Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata  terbuka dan tertutup dengan betul.
2.Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
Pengisian Kurikulum   : 1. Ilmu: Sains (Tumbuhan) dan Pendidikan Kesihatan
Sistem Bahasa            : Tatabahasa: Kata adjektif (manis, bulat, masam)
Media                          : Bahan maujud, gambar buah, kad perkataan, lembaran kerja, buku teks.


Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan/Bahan
Set Induksi (5minit)

Teka-teki
-Bersoal jawab menjurus kepada tajuk
1.Guru mengeluarkan sebuah kotak yang mengandungi buah.
2.Guru meminta murid merasa tekstur benda yang terdapat di dalam kotak tanpa melihat dan meminta mereka meneka benda tersebut.
3.Murid meneka benda yang dipegang dan mengeluarkan buah tersebut.
4.Guru meminta murid menyebut apa yang dilihat.
Bahan:
Bahan maujud(pisang, mangga, belimbing)
KBT(KB):
-Mengkategori
Langkah 1
(5minit)
Menyebut dan mengeja nama buah-buahan tempatan:
-pisang, tembikai, belimbing, mangga, rambutan, durian
1.Guru bimbing murid menyebut dan mengeja jenis buah-buahan tempatan.
2.Murid-murid ikut menyebut dan mengeja bersama guru.
3.Murid eja dan baca secara individu dan kelas.
Bahan:
Kad gambar dan perkataan
KB:Kesepaduan sosioemosi
Nilai:Mendengar dengan teliti
Langkah 2
(7minit)
Mencungkil idea
Menamakan buah-buahan tempatan
1.Beberapa orang murid memegang gambar buah-buahan.
2.Murid lain mengambil kad perkataan dan bergerak mencari pasangan masing-masing berdasarkan nama buah yang dipegang.
3.Murid mengeja dan menyebut beramai-ramai.
Bahan:Gambar, perkataan
KB:- Kecerdasan interpersonal
-Kem psikomotor
Nilai:Berani, yakin.
Langkah 3
(8minit)
Membina ayat tunggal dan majmuk
Aktiviti kumpulan:
1.Guru edarkan bahan kepada murid.
2.Murid diminta berbincang dan membina ayat berpandukan buaah-buahan yang diberi.
3.Murid membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas.
4.Guru edarkan lembaran kerja membina ayat dan murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi.

Bahan:Kad manila, lembaran kerja
Nilai:Patuh arahan, berani, kreativiti & estetika
Sistem bahasa:Kata adjektif

Penutup
(5minit)
Nyanyian Lagu Buah-buahan Tempatan
Kognitif

Sosial
1.Murid dan guru bersama menyanyi lagu berdasarkan buku teks.
2.Guru bimbing murid merumus pelajaran hari ini.
3.Guru memberikan pujian kerana murid dapat menyiapkan tugasan.
Bahan:Buku teks
Nilai:Bersyukur


0 comments:

Post a Comment